Thursday, May 18, 2017

// Official 29. Happy birthday to me.

Gambar selfie ditangkap oleh Abah dan I loveeee it!  💖

Perkara pertama yang akan rasa happy, pukul 9 malam, masa tu dah baring-baring atas katil nak tidur, Abah masuk nyanyi lagu birthday. Mak berdiri belakang sengih-sengih. Hampir tiap-tiap tahun begitu, kalau mood Abah baik. Haha. Dan masa tu, buat muka cool, konon-konon marah, sebab malu sebenarnya, tapi dalam masa yang sama jadi terharu dan sedih. Dengan harapan, semoga perasaan ini berkekalan sampai bila-bila. Pagi tu, dapat voice whatsapp dari Abah, menyanyi juga. Hehe. 


Ya Allah,
Terima kasih untuk mereka
Dan 
Kasih sayang dari semua



Nampak Abah kepit kaki tu? Err
Mula-mula Abah duduk macam terkangkang sikit, macam gambar atas. Bila nak tangkap gambar, saya suruh duduk sopan sikit. Terus jadi macam tu. Merah padam, berair air mata gelak tengok gambar ni.  😂😂


Hantar Adik untuk kursus SLIM di Hotel Suria. Ramai yang mai, siswazah bawah 27 tahun. 23 hari dan ditanggung sepenuhnya kerajaaan lah kot. Pergi kursus ni pun dapat elaun 1500, siapa taknak kan? Sekurang-kurangnya budak kecik ni ada juga benda buat, dari duduk kat rumah. Saya faham juga, persaingan cari kerja sekarang, nak jadi kerani pun susah. 😡



Dan 
Daripada kawan-kawan ofis, rasa disanyangi sangat. Dalam masing-masing dah kekurangan duit sebab hujung bulan kan. Haha. Tapi dah macam tradisi kot. Akan belanja birthday girl bila hari jadi mereka. Kurang orang sebenarnya sebab ada yang bertugas di Gambang.


Dan, hadiah dari Mak dan Abah. Nak gelak pun ada. Mak bukan jenis yang bagi hadiah. Selalunya belanja makan je. Tiba-tiba balik, ada beg kertas atas meja. Tanya Mak, dah buat muka malu-mlu. Yang tak boleh blah, ada goodies macam kenduri kahwin. Haha. Tu dari Abah. Tak tahu party anak siapa Abah pergi. 😛

Sebenarnya, hari jadi ni, takdelah nak harap apa pun. Hari jadi ni, patutnya berterima kasih pada Mak sebab bertarung nyawa lahirkan saya. Tapi rasa seronok bila orang ingat. Kawan sekolah pun, tiba-tiba mesej, katanya, bila tulis tarikh 18 May, terus ingat birthday saya. Hehe. 

Al-Fatihah juga untuk arwah ayah Maklang yang berkongsi tarikh lahir sama seperti saya. Terasa seperti 1 dalam sejuta, bila, ayah Maklang yang juga kawan baik saya, boleh berkongsi tarikh lahir sama dengan saya. Dan sama seperti Jan, kawan baik saya juga, yang berkongsi tarikh lahir dengan Mak. Jadi tak mungkinlah saya akan lupa sampai bila-bila hari jadi Jan. 


Baby cot lama adik-beradik Hana. Ayah Hana cat semula, dan siap beli semuanya yang ada dalam baby cot ni. Tanya Mak, nanti cucu sulung ni nak suruh panggil Mak apa? Abah apa? Kalau belah Kuantan ni, disebabkan arwah Tok Ki meninggal dunia sebelum Mak, Abah kahwin... memang dah panggil Tok Ki. Yang belah Perak, panggil Tok. Yang perempun, belah Kuantan, panggil Tok untuk nenek. Kalau belah Perak, panggil Opah. 

Kata pada Hana, hadiah tahun ni, taknak apa-apa dari Hana, sebab nak hadiah 'baby nephew' je. Hana reply kata, nanti saya kena jaga baby bila keluar nanti. Mestilah no problem. Cuma bab mencuci tu, errr.... tambah baby boy. Hari tu, anak Kakak Ain, kazen saya, baby Aqil pun saya tak boleh nak pegang. Rasa geli-geli je badan, sebab baby kecik sangat. Huhu.

Tak sabar tunggu baby H keluar. Semoga semuanya dipermudahkan semuanya.